Monday, October 10, 2011

......

salam,
alhamdulillah, sgala puji bg ALLAH, yang masih memberi peluang kpd hamba yang kerdil ini untuk meneruskan perjuangan kehidupan di bumiNYA.. minggu ini boleh dikatakan " Minggu yang tidak Stabil " untuk diri ini.. 

1. sedih kerana seorang sahabat terpaksa menangguhkan lagi pengajiannya demi keluarga yang tercinta. ( sahabat usah sedih dan kecewa, teruskan perjuangan walau di mana berada.. kami rindu sama kamoooo...) 





2. alhamdulillah diberi peluang untuk muhasabah dakwah bersama Akhi Amika, diterbangkan khas dr Indonesia (syukran pada sahabat2). sangat terkesan dengan kaedah yang sblm ini x pernah ana dapt. " mencipta Perjuangan dengan matlamat jangka panjang".. ketika sesi muhasabah sgt terasa manisnya ukhwah. mg2 kemaafan yang dipohon itu adalah dari hati sanubari yang paling dalam. 

3. kerja persatuan + assignment yang brtimbun... sprt diri ini tidak menjejak bumi yang nyata... terpaksa & dipksa...





    

Saturday, October 1, 2011

Bancian Terkini 2010 : Lelaki lebih ramai daripada wanita




Banci 2010: Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta Orang 

Oleh AU YEONG HOW

PUTRAJAYA: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2010 menunjukkan jumlah penduduk negara ini adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada 2000.

Daripada jumlah penduduk terkini itu, sebanyak :
14,562,638 orang adalah lelaki manakala
13,771,497 adalah perempuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak dua peratus untuk tempoh 2000-2010.

Menurutnya, kadar itu adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000.
"Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 17.8 peratus, diikuti oleh Selangor (2.7 peratus), Melaka (2.6 peratus) dan Sabah (2.1 peratus).
"Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4 peratus), Perak (1.4 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (1.3 peratus) dan Perlis (1.2 peratus)," katanya pada sidang media pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci 2010 di sini, Jumaat.

Ketua Perangkawan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Raof selaku Pesuruhjaya Banci wanita pertama diberi penghormatan oleh Nor Mohamed untuk membentangkan laporan tersebut.

Banci 2010 merupakan banci kelima yang dilaksanakan sejak tertubuhnya Malaysia pada 1963. Ia dilaksanakan dari 6 Julai hingga 22 Ogos tahun lalu.
Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Banci merupakan projek statistik besar yang dijalankan bagi menghasilkan data berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan  negara.
Menurut Wan Ramlah, dari segi taburan penduduk mengikut negeri, Selangor mempunyai penduduk paling ramai iaitu sebanyak 5.46 juta orang, diikuti oleh Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta).

"Sumbangan negeri tersebut kepada jumlah penduduk Malaysia ialah 42.4 peratus.
"Negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (72, 413 orang) dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908 orang)," katanya.

Sementara itu, Wan Ramlah memberitahu, kepadatan penduduk ialah 86 orang bagi setiap kilometer persegi pada 2010 berbanding 71 orang pada 2000.
Antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi ialah Kuala Lumpur (6,891 orang), Pulau Pinang (1,490 orang) dan Putrajaya (1,478 orang).

Mengenai komposisi etnik, Wan Ramlah berkata, jumlah penduduk seramai 28.3 juta orang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.

Warganegara katanya, terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera sebanyak 67.4 peratus, Cina (24.6 peratus), India (7.3 peratus) dan lain-lain (0.7 peratus).
Banci tersebut antara lain merangkumi taburan umur, jantina, kumpulan etnik, taraf perkahwinan dan agama pada peringkat nasional dan negeri.

sumber daripada : sebarkanbahagia.blogspot.com

Tuesday, September 27, 2011

Anak-Anak Hasil dari Bait Muslim al-Qardawi


Dr. Ilham Al-Qaradhawi, Profesor Fizik di Universiti  Qatar.



                Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, kehebatannya tidak perlu diperkenalkan lagi. Harum di mana-mana, seantero dunia. Baik kawan ataupun lawan, takjub dengan jihadnya. Mari sama-sama kita berkenalan dengan wanita hebat d belakang tokoh terkemuka dunia ini. Begitu juga kehebatan anugerah cinta yang lahir daripada mereka.

BIDADARI AL-QARADHAWI…satu-satunya.

                Satu-satunya isteri Syeikh ini ialah Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, keturunan Rasulullah SAW. Beliau adalah nikmat yang lebih besar daripada dunia dan seisinya buat Al-Qaradhawi.
Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu.  Berkongsi suami dengan dakwah dan perjuangan, menganugerahkan pahala sabar yang besar buatnya. Beliau merelakan suaminya pergi ke mana sahaja belahan dunia untuk Islam. Di rumah, tangannya banyak membantu aktiviti keilmuan, serta dakwah dan tarbiyah dengan mengorbankan waktu dan perhatian yang besar.

PUTERI-PUTERI KESAYANGAN AL-QARADHAWI

                Dari didikan seorang ibu yang amanah, lahirlah anak-anak yang hebat. Pasangan bahagia ini dianugerahi 7 orang anak. 4 perempuan diikuti 3 lelaki. Masyallah! Macam angka anak Rasulullah.
                Semua anak-anak ini sering menduduki nombor satu di kelas pengajian sejak tadika sehinggalah habis Ph.D. Semua puteri Al-Qaradhawi pakar dalam bidang eksak (Matematik, Fizik, Kimia). Kesemuanya merupakan alumni Universiti Qatar.
                Puteri sulungnya, Ilham, meraih ‘first class’ di Universiti Qatar. Dengan kelayakannya yang tinggi, pemerintah Qatar menaja hingga dia menggapai ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik, pengkhususan Nuklear di Universiti London.
                Puteri keduanya, Siham, alumni Universiti Qatar, meraih ‘first class’ dalam jurusan Kimia. Kemudian menggenggam ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Inggeris dalam bidang Biologi pengkhususan Organ Tubuh. Dia juga ditaja oleh pemerintah Qatar.
                Manakal puterinya yang ketiga, A’la, mendapat ‘first class’ dari Fakulti Biologi, pengkhususan Haiwan. Memperoleh Master di Universiti Texas, Amerika dalam bidang Genetik.
                Puteri keempatnya pula, Asma’, memperoleh Master di Universiti Khalij di Bahrain. Kemudian mengambil program kedoktoran di Universiti Nottingham di Inggeris bersama-sama suaminya.
                Mereka semua telah menikah dengan lelaki-lelaki hebat yang sekufu’.

PUTERA-PUTERA KEBANGGAAN AL-QARADHAWI

                Puteranya Muhammad, alumni Fakulti Teknik Jurusan Mesin dari Universiti Qatar. Memperoleh Master dari Universiti Denver di Colorado. Mengambil program kedoktoran di Universiti Orlando, Florida, Amerika.
                Puteranya, Abdur Rahman, mengambil jurusan keagamaan di Universiti Qatar, jurusan Syariah dan Fikih. Kemudian menyambung Master ke Universiti Darul Ulum di Mesir dalam bidang Usul Fiqh. Terkenal sebagai seorang sasterawan dan penyair. Antara karya puisinya ialah Nazf al-Huruf.
                Putera bongsunya iaitu Usamah, alumni Fakulti Teknik Jurusan Elektro. Kini, dalam proses melanjutkan lagi pelajaran.

PERIBADI ANAK-ANAK AL-QARADHAWI

                Mereka bukan hanya terkenal dengan kepintaran luar biasa. Malah, dikagumi kerana berpegang teguh kepada agama dan menjunjung tinggi akhlak yang terpuji. Dalam setiap posisi yang mereka duduki, mereka sering menjadi contoh ikutan yang terbaik. Siapa jua yang pernah berinteraksi dengan mereka, akan menjadi saksi kepada kebaikan mereka. Cara bergaul mereka selalu diwarnai dengan kerendahan hati yang tidak dibuat-buat.

sumber : sebarkanbahagia.blogspot.com

Sunday, October 31, 2010

mujahadah melawan nafsu

salam ukhwah pad sahabat2 semua. dah lama sgt ana x post entry untk sama-sama kita menislahkan diri ke arah kebaikan. sama-sama kita muhasabah diri, semakin hari umur semakin meningkat, adakah peningkatan umur itu seiring dengan peningkatan amalan perbuatan yang diperintahkan ALLAH pada kita?tepuk dada tny diri sendiri.. adakah kita melakukan sesuatu perkara itu mengikut nafsu @syariat?

nafsu ni walaupun sangat merosakkan (jika x dijaga dengan baik) tapi sangat kita sukai. bila kita sangat suka@cintai sesuatu perkara itu, kita akn jd buta lalu kejahatan akan menjadi kebaikan. nafsu itu adalah musuh. bila kita koreksi semula, kita hanya melihat musuh yg zahir (Yahudi dan Nasrani), memg ini adalah musuh umat islam yg sgt menyusahkan tapi ada musuh lain yang lebih dahsyat iaitu NAFSU.  

kita sedar@x bila kita menentang nafsu bererti kita menentang diri sendiri dan tentunya ia sangat memedihkan.

ulama tasawuf telah membahagikan nagsu pd 3 prgkat :
1. nafsu ammarah
nafsu yang ajak pd kejahatan. ini adalah tahap nafsu yang paling jahat dan hina. mereka bangga berbuat kejahatan dan berasa seronok. bahkan mengajak orang lain utk sama2 wat maksiat. malah berusaha untuk melahirkan  "kader" yang boleh teruskan lemungkaran itu. 
firman ALLAH : ".. sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.." ( surah yusuf : 53)

2. nafsu lawwamah
iatu nafsu mencela. orang yg mempunyai nafsu ni menyedari die sering terlibat dengan dosa, ia menyesali dan mencela dirinya sendiri. apabila berbuat dosa dia akn terleka dan terbuat dngn nikmat itu tanpa memikirkan akibatnya. setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalan. berbeza dngan nafsu ammarah, mereka x brasa bangga denagn dosa yg dilakukan dan x mengajak org lain berbuat dosa. mereka mudah ditegur, mereka juga suka kepada majlis2 ilmu, cuma sangat rapuh apabila digoda maksiat.

                                                           

3. nafsu mulhamah
orang yg mempunyai nafsu ini sudan mendapat ilham kebaika dalam hatinya. ada bisikan kenaikan dan berusa lebih gigih ke arah utk jadi insan yang lbih baik. firman ALLAH : " diilhamkan kepada diri akan kejatahan dan ketaqwaan" (surah al-shams : 5)


4. nafsu mutmainah
nafsu yang diperolehi hasil daripada mujahadah melawan nafsu dan riyadah nafs secara istiqamah. hati sudah tenang kerana nafsu sudah dijinakkan. sangat seronok untuk melakukan ketaatan. firman ALLAH : "wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhan dengan gembira dan menggembirakan" (surah al-fajr :27) 
 

di sini apa yang dapat dilihat adalah usaha mementang musuh yang sentiasa berhadapan dengan(nafsu) perlu diutamakan.  Rasulullah s.a.w juga menegaskan " musuh yang paling memusuhi kamu ialah nafsu yang berada diantara dua lambungmu." (riwayat al-Dailami)




Sunday, May 16, 2010

keRajaaan Semut...


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.




 Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut. berdasarkan kaedah syara` dalam kewajipan menegakkan hukum-hukum Allah : "Apabila kesempurnaan sesuatu yang wajib itu terhenti kepada wujudnya sesuatu yang lain, maka perkara tersebut adalah wajib "
 

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru..


Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..


*terima kasih yang tak terhingga pada mak & abah yang x jemu menjadi pendididk kepada anakmu selama 22 tahun..kepada semua guru, pensyarah2 dan sahabat2 yang telah memberi tunjuk ajar pada diri ini. segala ilmu yg dicurahkan hanya ALLAh sahaja yang mampu membalasnya..

Saturday, May 8, 2010

Gerabak Khas Penghormatan kepada Wanita

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Hal Ehwal Wanita Islam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (Hewi PMIUM) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter.
Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam di negara ini.
Timbalan Exco Dakwah PMIUM, Nurhasimah Bujang mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas wanita di LRT kerana pengguna wanita juga ramai dan sekarang dilihat semakin sesak.
“Jadi elok juga sekiranya langkah KTMB dituruti oleh pengurusan di LRT. Pelajar-pelajar wanita juga semakin bertambah di IPTA dan IPTS, jadi kebajikan terhadap kaum wanita harus semakin dititikberatkan,” ujarnya.
Beliau berharap inisiatif itu juga diambil contoh dan dipandang serius oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita di tempat awam dapat dikurangkan di samping meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata masyarakat.
“Saya amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah gangguan seksual kepada penumpang wanita,” kata aktivis Hewi, Siti Najwa Harun.
Tambahnya, langkah itu menepati syariat Islam yang meletakkan wanita di tempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaik-baiknya.
“Peluang warga emas, wanita mengandung dan yang membawa anak kecil mendapat tempat duduk juga lebih cerah,” ujarnya.
Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang Komuter setiap hari yang ramai.
Gerabak khas itu boleh dikenal pasti melalui pelekat berwarna merah jambu yang ditampal di setiap cermin tingkapnya dan terdapat juga kain rentang yang dipasang di setiap platform selain pengumuman mengenai pengasingan gerabak itu dibuat di beberapa stesen.
Perkara ini sudah lama diadakan di luar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah.
Siti Nadzirah Majeed pula menyarankan agar penambahbaikan dilakukan iaitu meletakkan beberapa orang pegawai polis atau pengawal keselamatan di seluruh gerabak KTMB dan LRT.
Ini, katanya kerana kecurian atau penyeluk saku bukan sahaja dilakukan oleh kaum lelaki tetapi juga boleh terjadi terutamanya di gerabak khas wanita KTM.
“Pemasangan kamera keselamatan CCTV di dalam gerabak juga wajar agar pihak pengurusan dapat memantau keselamatan pengguna terutama di waktu puncak yang mana sebarang kejadian tidak diingini boleh berlaku,” ujar beliau.