Sunday, October 31, 2010

mujahadah melawan nafsu

salam ukhwah pad sahabat2 semua. dah lama sgt ana x post entry untk sama-sama kita menislahkan diri ke arah kebaikan. sama-sama kita muhasabah diri, semakin hari umur semakin meningkat, adakah peningkatan umur itu seiring dengan peningkatan amalan perbuatan yang diperintahkan ALLAH pada kita?tepuk dada tny diri sendiri.. adakah kita melakukan sesuatu perkara itu mengikut nafsu @syariat?

nafsu ni walaupun sangat merosakkan (jika x dijaga dengan baik) tapi sangat kita sukai. bila kita sangat suka@cintai sesuatu perkara itu, kita akn jd buta lalu kejahatan akan menjadi kebaikan. nafsu itu adalah musuh. bila kita koreksi semula, kita hanya melihat musuh yg zahir (Yahudi dan Nasrani), memg ini adalah musuh umat islam yg sgt menyusahkan tapi ada musuh lain yang lebih dahsyat iaitu NAFSU.  

kita sedar@x bila kita menentang nafsu bererti kita menentang diri sendiri dan tentunya ia sangat memedihkan.

ulama tasawuf telah membahagikan nagsu pd 3 prgkat :
1. nafsu ammarah
nafsu yang ajak pd kejahatan. ini adalah tahap nafsu yang paling jahat dan hina. mereka bangga berbuat kejahatan dan berasa seronok. bahkan mengajak orang lain utk sama2 wat maksiat. malah berusaha untuk melahirkan  "kader" yang boleh teruskan lemungkaran itu. 
firman ALLAH : ".. sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.." ( surah yusuf : 53)

2. nafsu lawwamah
iatu nafsu mencela. orang yg mempunyai nafsu ni menyedari die sering terlibat dengan dosa, ia menyesali dan mencela dirinya sendiri. apabila berbuat dosa dia akn terleka dan terbuat dngn nikmat itu tanpa memikirkan akibatnya. setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalan. berbeza dngan nafsu ammarah, mereka x brasa bangga denagn dosa yg dilakukan dan x mengajak org lain berbuat dosa. mereka mudah ditegur, mereka juga suka kepada majlis2 ilmu, cuma sangat rapuh apabila digoda maksiat.

                                                           

3. nafsu mulhamah
orang yg mempunyai nafsu ini sudan mendapat ilham kebaika dalam hatinya. ada bisikan kenaikan dan berusa lebih gigih ke arah utk jadi insan yang lbih baik. firman ALLAH : " diilhamkan kepada diri akan kejatahan dan ketaqwaan" (surah al-shams : 5)


4. nafsu mutmainah
nafsu yang diperolehi hasil daripada mujahadah melawan nafsu dan riyadah nafs secara istiqamah. hati sudah tenang kerana nafsu sudah dijinakkan. sangat seronok untuk melakukan ketaatan. firman ALLAH : "wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhan dengan gembira dan menggembirakan" (surah al-fajr :27) 
 

di sini apa yang dapat dilihat adalah usaha mementang musuh yang sentiasa berhadapan dengan(nafsu) perlu diutamakan.  Rasulullah s.a.w juga menegaskan " musuh yang paling memusuhi kamu ialah nafsu yang berada diantara dua lambungmu." (riwayat al-Dailami)




1 comment:

  1. Mauduq dakwah yang bagus..mujahadah melawan nafsu,

    Ia sangat berkait rapat dengan 'tazkiyah an-naf' terutama bagi semua pejuang Islam.

    Jom lihat Hukum tazkiyah al-nafs.

    Menurut Imam Ghazali, hukumya adalah fardhu ain bagi setiap manusia. berdasarkan kepada peristiwa pembelahan dada nabi SAW oleh malaikat Jibril untuk membersihkan jiwa nabi SAW daripada kekotoran. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa:

    Jibril telah datang kepada nabi SAW yang sedang bermain denga dua kanak-kanak, Jibril pun mengambil nabi dan membelah dadanya dan hatinya dikeluarkan, lalu berkata: Ini adalah tempat syaitan daripadamu, kemudian dibasuhnya dengan air zam-zam, seterusnya dikembalikan semula ke tempat asalnya. (Riwayat Muslim)

    Jumhur ‘ulama’ berpendapat bahawa hukum tazkiyah al-nafs adalah fardhu kifayah, kerana asal jiwa manusia adalah bersih dan baik, kerosakan dan keburukan datang kemudian. Mereka bersandarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:

    Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanya lah yang menjadikan dia Yahudi, atau Nasrani atau Majusi. (Riwayat al-Bukhari)

    Kesimpulan ana, dalam dunia yang sangat mencabar inilah masa untuk kita semua menyucikan semula, cara tazkiyah nafs mengikut acuannya.

    Paling ramai dikalangan Ulama' menyarankan untuk
    berzikrullah perbanyakkan istiqfar.

    Ramadhan yang akan datang juga adalah perkara paling sesuai untuk tadbi'kan tazkiyah an-nafs.

    Moga mendapat istifadah.Allahumma amin.

    ReplyDelete