Thursday, December 24, 2009

SYIRIK MEMBAWA MALAPETAKA

Fenomena dan kenyataan perbuatan syirik yang bertebaran di dunia islam merupakan sebab utama berlakunya musibah yang menimpa umat islam. Juga menjadi punca berlaku sebagai fitnah, kegoncangan dan peperangan serta berbagai seksa lainnya yang ditimpakan Allah kepada kaum muslimin.
Hal ini berlaku kerana mereka berpaling daripada tauhid serta kerana perbuatan syirik yang mereka lakukan dalam akidah dan perilaku mereka.
Bukti yang jelas daripada hal itu adalah apa yang kita saksikan di sebahagian besar negara-negara islam. Berbagai-bagai fenomena kemusyirikan bahkan oleh sebahagian besar umat islam dianggap sebagai bahagian daripada ajaran islamkerana itu mereka tidak mengingkari dan menolaknya.
Islam datang untuk menghancurkan berbagai bentuk kemusyirikan atau berbagai fenomena yang menyebabkan seseorang terjerumus ke dalam perbuatan syirik. Di antara fenomena syirik yang berlaku ialah :
1.Berdoa kepada selain Allah
Hal ini Nampak jelas di dalam nyayian-nyayian dan senandung mereka yang sering diperdengarkan pada peringkat maulid atau pada peringatan sejarah lainnya.

2.Mengubur para wali dan orang-orang salih di dalam masjid
Kita dapat saksikan di Negara-negara islam, kuburan di dalam masjid. Kadang-kadang di atas kubur itu dibina kubah lalu orang ramai datang meminta sesuatu hajat kepadanya sebagai sembahan selain Allah. Rasulullah melarang perbuatan ini dengan sabdanya :
“allah melaknat orang-orang yahudi dan nasrani, mereka menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid atau tempat bersujud menyembah tuhan” (muttafaq` alaih)

3.Nazar untuk para wali
Sebahagian manusia ada yang melakukan nazar berupa binatang sembelihan, harta atau lainnya untuk wali tertentu. Nazar seperti ini adalah syirik dan wajib dihentikan. Sebab nazar adalah ibadah dan ibadah adalah untuk allah semata-mata. Contoh nazar yang dibenarkan adalah sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Imran. Allah berfirman :
“ ya tuhanku sesungguhnya aku menazarkan kepada engkau anak yang didalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat di baitil maqdis (ali im
ran:35)

4.Menyembelih di kuburan para nabi atau wali
Meskipun penyembelihan yang dilakukan di kuburan para nabi atau wali dengan niat untuk allah tetapi ia termasuk perbuatan orang-orang musyrik. Mereka menyembelih binatang di tempat berhala dan patung-patung wali mereka. Rasulullah bersabda :
“allah melaknat orang yang menyembelih selain allah (riwayat muslim)

5.Tawaf di sekeliling kuburan para wali
Seperti mengelilingi kuburan syeikh abdul kadir jailani, syeikh al-husain dan sebagainya. Perbuatan ini adalah syirik kerana tawaf adalah ibadat dan ia tidak boleh dilakukan kecuali di sekeliling kaabah. Allah berfirman :
“dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah) (al hajj:29)

6.Sembahyang keapada kubur
Sembahyang kepada kuburan adalah tidak boleh. Rasulullah bersabda :
“janganlah kamu duduk di atas kuburan dan jangan pula sembahyang kepadanya” (riwayat muslim)

7.Melakukan perjalanan (musafir) memuju ke kubur
Melakukan musafir menuju ke kubur tertentu untuk mrncari berkat atau memohon kepadanya adalah tidak dibenarkan. Rasulullah s.a.w bersabda :
“tidaklah dilakukan perjalanan musafir kecuali kepada tiga masjid : masjidil haram, masjidku ini, masjid aqsa”
(muttafaq alaih)
Jika kita ingin pergi ke Madinah al-munawwarah kita boleh mengatakan : kami pergi untuk berziarah ke masjid nabawi kemudian memberi salam (doa) kepada Nabi Muhammad.

8.Berhukum dengan selain yang diturunkan Allah
Mengambil hukum selain yang diturunkan allah adalah syirik. Seperti menentukan hokum dengan perundangan yang dibuat oleh manusia yang bertentangan dengan al-quran dan hadis sahih iaitu jika ia meyakini dibenarkan mengamalkan undang-undang buatan manusia.

9.Taat kepada para penguasa, ulama atau syeikh
Ketaatan kepada mereka dengan menyalahi dan menentang nas al-quran dan hadith sahih. Syirik seperti ini “syirik taa`ah” (syirik ketaatan). Rasulullah telah bersabda :
“tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal maksiat kepada al-Khaliq(Allah)” (Riwayat Ahmad)

p/s:entry kali ini adalah tmbahan daripada khutbah jumaat ngri johor

No comments:

Post a Comment